Kepada peminat-peminat dance, terutamanya orang sibu, Sing Kwong baru, akan mengadakan Pertandingan "Lord of the Dance" pada 18-19hb Disember ini dan hadiahnya sangat lumayan. Masuk adalah percuma.
Saya akan sertakan video dibawah, selepas pertandingan dijalankan. Kepada yang menyertai dance ini, "GoodLuck!".
Pertandingan bermula..
Video yang dapat dirakam semasa pertandingan. Regeneration CrewShowcase (Final Round)
Pada pendapat saya, mimpi itu adalah imaginasi kita. Apa yang kita fikir, itulah yang akan menjadi mimpi kita. Peringatan!! Ini adalah cuma pendapat saya, jadi mungkin apa yang saya akan bakal katakan adalah salah dan tidak benar. Tapi inilah yang saya rasakan kebenaran terhadap, "apakah itu mimpi".Jadi saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya kepada kamu semua.
Maksud Mimpi itu pada saya ialah imaginasi kita terhadap perkara yang sedang kita fikirkan. Otak kita tidak akan berhenti berfikir dan otak juga tidak akan berhenti berfungsi selagi kita masih hidup. Walaupun kita sedang tidur, otak kita tetap masih berfikir. Cuba kita pejamkan mata kita, kita akan dapat melihat sedikit gambaran tentang apa yang kita sedang fikir sekarang. Gambaran itu akan jadi semakin jelas apabila kita menjadi separuh sedar. Apabila kita tidur dalam keadaan nyenyak, maka terhasilah mimpi yang seakan-akan kita sedang berada di dunia nyata sedangkan kita masih tidur dengan nyenyaknya.
Semasa kita sedang bermimpi, otak kita akan menghasilkan satu gambaran palsu, atau fakta palsu yang membuatkan kita merasai pernah berada di situ. Namun, itu sebenarnya adalah sekadar imaginasi. Otak mampu memberikan pengalaman palsu dan hal inilah menyebabkan banyak orang mengatakan mimpi mereka adalah satu petunjuk. Namun, sebenarnya adalah tidak.
Dalam mimpi, sebenarnya kita boleh buat apa saja kita suka tapi perasaan "tidak pasti" dalam mimpi telah menyebabkan kita gagal mengawal mimpi tersebut. Maka berlakulah perkara yang kita tidak jangkakan di dalam mimpi kita.
"Tajuk" kisah yang bermula dalam mimpi kita sebenarnya adalah maklumat yang terdapat dalam otak kita. Kadang-kala, umur kita tidak sama dalam mimpi. Contohnya, kita bermimpi semasa kita masih kecil. Ini bermaksud, mimpi itu terhasil daripada maklumat lampau yang terdapat dalam otak kita.
Jadi, perlukah kita mentafsir mimpi kita?? Saya banyak melihat majalah-majalah yang memaparkan tentang mimpi dan tafsiran tentang mimpi. Adakah mimpi itu adalah satu petunjuk atau sekadar imaginasi kita? *Pada pendapat saya, Tafsiran itu adalah tipu belaka dan semuanya tidak benar. Apa yang menyebabkan kita berfikiran begitu?(menafsir mimpi). Hal ini kerana syaitan yang menghasut orang-orang yang bermimpi supaya mempercayai apa yang telah dimimpikannya. Dan seterusnya menafsirkan mimpi yang telah dilaluinya.
Hal ini banyak mempengaruhi ramai orang. Bagi saya, hal ini telah terpesong dalam agama Islam. Kita tidak sepatutnya mempercayai tentang tafsiran mimpi ini. Ada juga yang telah menyatakan mimpi mereka benar-benar berlaku. Mungkin perkara ini adalah "kebetulan" atau "rancangan syaitan untuk menyesatkan umat-umatnya". Pernah cikgu saya bercerita, "syaitan@iblis telah bersumpah kepada Allah S.W.T, dia akan mengganggu dan akan menyesatkan umat Nabi Adam sehingga Hari Kiamat". Jadi ini menyebabkan saya berfikir, adakah kita sedang dalam kesesatan dengan mempercayai mimpi-mimpi dan mempercayai tafsiran yang telah diolah oleh beberapa orang pengamal ilmu?
Mungkin juga saya adalah salah, dan semua ini adalah sekadar renungan dan kita sendiri yang akan menentukan. *Sebenarnya, saya dapat memikirkan semua ini dari mimpi saya ketika saya terlalu banyak berfikir dan saya meluahkan buah fikiran saya di dalam mimpi itu. Dan saya menulis ini cuma untuk suka-suka. Selesai membaca, bagilah komen k..