Thursday, May 27, 2010

Siapa lebih ego? Lelaki atau Perempuan?



Ego seorang Lelaki

Keegoan seorang lelaki akan timbul/wujud bila dirinya "sempurna" sama ada dari segi kewangan, paras rupa atau kelebihan yang ada pada dirinya. Namun, golongan seperti ini tidak ramai kerana kebanyakkan lelaki lebih bersikap berfikiran terbuka dengan pelbagai perkara.

Hal ini tidak dapat dinafikan juga kerana lelaki di anugerahkan sembilan akal dan satu nafsu. Bermakna, lelaki lebih pandai berfikir berbanding perempuan. Namun begitu, ada kelemahannya iaitu jika lelaki tidak menggunakan kelebihannya itu kearah kebaikkan. Maka lelaki itu akan menjadi 'liar' atau banyak berfikiran negatif. Sebaliknya, kelebihan lelaki akan berlipat ganda bila dia bijak menggunakan kelebihannya itu kearah 'kebaikkan' atau sesuatu yang bermanfaat.

Dalam kenyataan ini, keegoan lelaki wujud apabila tidak menggunakan akalnya dengan baik dan akan bersikap 'bodoh sombong'. Sikap ego yang negatif ini wujud bila dirinya DICABAR dengan sesuatu yang 'bodoh' atau perkara yang sia-sia dan akan memakan dirinya sendiri.

Lelaki bersikap ego apabila dirinya dikelilingi perempuan. Betol ke? Ada sebabnya... Lelaki memang ingin kelihatan 'macho' atau 'hebat' dikalangan perempuan. Kenapa?


-gambar hiasan-

Antara sebabnya, lelaki mempunyai sifat semula jadi yang mendorong mereka untuk bersikap seperti itu. Begitu juga perempuan bila dirinya diminati oleh lelaki. Selain itu, lelaki lebih cenderung menunjukkan sikap egonya dihadapan perempuan kerana sifat seorang lelaki dalam memainkan peranan untuk menambat hati perempuan. Hal ini adalah normal kerana setiap mahkluk ciptaan tuhan yang berjantina "lelaki" sememangnya memainkan peranannya untuk "memikat". Dan proses memikat hati perempuan memerlukan egonya tersendiri untuk meyakinkan bahawa dirinya berpotensi untuk menjadi ketua keluarga.


Ego seorang Perempuan


Perempuan juga bersikap ego apabila menyedari dirinya sempurna terutamanya dari segi kecantikkan dan taraf pendidikkan. Golangan perempuan mempunyai keegoan yang lebih tinggi berbanding lelaki dan agak rendah perempuan yang mampu "mengawal" ego mereka, dengan kata lain, tidak ego.

Lebih-lebih lagi, sejak kepentingan wanita 'dibela' dengan kata lain memperjuangkan hak-hak wanita. Hal ini secara tidak langsung "membakar" semangat para wanita untuk berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah kerana ingin dirinya dihargai dan dihormati. Memang benar dan tidak salah, hak-hak wanita perlu diperjuangkan untuk melindungi para wanita. Dan kesannya juga positif, wanita kebanyakkan mampu berjaya setanding dengan kaum lelaki tanpa merasa diri mereka(wanita) akan dipinggirkan jika mereka berkemampuan dalam sesuatu bidang.

Namun begitu, ada kesan negatif yang agak ketara walaupun tidak salah dari segi undang-undang namun kesannya boleh menjejaskan cara hidup manusia yang sedia kala. Antaranya, perempuan yang berjaya merasa dirinya boleh hidup tanpa suami. Jelas sekali, keegoan yang tinggi dimiliki oleh perempuan tersebut.


Memang kita tidak boleh menghalang mereka(perempuan) berbuat begitu kerana mereka mempunyai hak untuk hidup dengan caranya sendiri. Andai kata majoriti perempuan berfikiran begitu, apa kesannya? Sudah tentu peratusan perempuan enggan berkahwin semakin meningkat seterusnya menyebabkan golongan lelaki tidak mampu untuk memperisterikan golongan seperti mereka. Hal ini kerana, ego perempuan itu sendiri iaitu merasakan dirinya sangat "mahal" untuk diperisterikan.



Bagaimana pula lelaki yang berkerjaya tinggi? Adakah lelaki mengambil berat tentang hal itu? Semestinya tidak, kerana kaum lelaki tidak memikirkan taraf hidup si perempuan itu. Sebaliknya menitik beratkan sikap atau ciri-ciri yang sesuai untuk menjadi teman hidupnya supaya mampu bertolak ansur dalam pelbagai cabaran yang bakal dihadapi semasa berumahtangga kelak. Jelaslah, lelaki tidak ego dalam hal ini.

Kebanyakkan perempuan juga jarang memiliki sikap bertolak ansur dan sering mempertahankan idea atau keputusan yang ingin dibuat. Berbeza dengan lelaki, kerana mereka 'fleksibel' atau berfikiran terbuka dalam membuat keputusan dan menerima pendapat. Hal ini terbukti apabila kaum lelaki menerima pendapat isu tentang "menjaga kepentingan hak-hak wanita".

Namun begitu, mengapa perempuan tidak bersikap terbuka dan kurang menerima apabila "lelaki ingin berpoligami" menjadi isu? Adakah berpoligami itu salah? Semestinya tidak, kerana Islam telah membenarkan lelaki berpoligami maksimum empat orang isteri. Sudah tentu ada sebabnya Islam membenarkannya kerana Allah Maha Mengetahui dan Dia tahu akan sifat mahkluk ciptaan-Nya. Lelaki memiliki cuma satu nafsu iaitu keinginan untuk melakukan seks dan adalah Halal apabila lelaki memperisterikan seorang perempuan mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam Islam. Apabila lelaki mempunyai cukup syarat untuk beristeri dua, tiga atau empat, maka bukan menjadi kesalahan seorang lelaki untuk berbuat demikian. Namun, ramai kaum perempuan tidak setuju untuk menerima hakikat.

Kesimpulannya, perempuan lebih bersikap ego dan keegoan perempuan itu tidak seharusnya melebihi keegoan lelaki.


Mengatasi keegoan diri yang negatif

1. Keegoan yang berunsur negatif harus dihindari dan bersikap terbuka untuk menerima pandangan orang lain seterusnya menilai dari pelbagai aspek.

2. Cuba memahami dan mengkaji baik buruknya dahulu sebelum menolak sesuatu perkara.

3. Bersikap "mind reader" untuk menjadi seorang fleksibel dalam mengatasi segala masalah yang melibatkan semua/banyak perkara.

4. Jadi seorang "pendengar". Seorang pendengar dapat menambah ilmu dari pengalaman orang lain, oleh itu tidak perlulah bersikap ego dengan ilmu yang kita ada. Sebabnya, ilmu itu tiada penghujungnya dengan kata lain, ilmu itu luas.



Hasil tulisan oleh: kawaii-nan

"Segala hasil tulisan adalah pendapat diri sendiri semata-mata dan tidak merujuk kepada apa-apa rujukan rasmi. Oleh itu, mungkin terdapat kesalahan fakta yang terkandung dalam penulisan ini. Segala yang baik datang nya dari Allah dan kesilapan itu datang dari diri saya sendiri"

*pahal aku banyak madah pompuan salah owh???

Monday, March 8, 2010

Genius..genius..


Definisi
Genius adalah orang yang dapat memikirkan sesuatu perkara yang tidak boleh difikirkan oleh manusia biasa. Genius juga boleh dikatakan pemikiran seorang yang melampaui kebijaksanaan manusia normal. Genius menggunakan otak lebih banyak daripada manusia normal. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 23 bilion neuron, setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain dan ia adalah normal. Genius mampu menggunakan otak lebih baik daripada manusia normal. Aktiviti dalam otak seorang genius sangat aktif yang menyebabkan dirinya sentiasa berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Sifat Seorang Genius
Genius mempunyai sifat ingin tahu dalam dirinya dan ingin menyelesaikan segala persoalan yang timbul dalam dirinya. Genius juga mempunyai sifat tidak putus asa dengan apa yang dilakukannya sehingga berjaya. Genius yang hebat bersikap positif dalam semua hal dan tidak merasa jemu dengan masalah atau persoalan yang akan menjelma. Genius juga mempunyai sifat suka berfikir dan jarang merehatkan mindanya kerana dia berasa teruja dengan masalah yang timbul. Selain itu, genius juga suka menyelidik sesuatu yang belum diketahuinya.

Kelebihan Genius
Genius berfikiran lebih matang daripada manusia biasa kerana kematangannya melampaui tahap kematangan manusia biasa. Dia seorang yang berpandangan jauh dan dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa yang akan datang.

Kelemahan Seorang Genius
Kelemahan seorang genius ialah apabila mengetahui dirinya adalah genius. Mengapa begitu? Hal ini kerana apabila seorang genius mengetahui dirinya adalah genius, maka sikap negatif dalam dirinya akan timbul.Kegagalan berkomunikasi dengan manusia normal akan menyebabkan dirinya dianggap "gila" bagi sesetengah orang kerana manusia biasa tidak mampu memikirkan apa yang dapat difikirkan oleh seorang genius. Sebagai contoh, kegagalan berkomunikasi atau tidak tahu untuk menyusun ayat supaya dapat menerangkan dengan sempurna akan menyebabkan selisih faham antara manusia normal dan genius. Jika ini terjadi, si genius akan dianggap pelik dan gila. Jadi, penyusunan ayat dan komunikasi yang betul boleh mencetuskan perubahan dalam dunia.

Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap manusia dilahirkan sebagai genius kerana sifat-sifat genius ada dalam diri mereka sejak kanak-kanak lagi.*

Tuesday, December 15, 2009

Lord Of the Dance


Kepada peminat-peminat dance, terutamanya orang sibu, Sing Kwong baru, akan mengadakan Pertandingan "Lord of the Dance" pada 18-19hb Disember ini dan hadiahnya sangat lumayan. Masuk adalah percuma.

Saya akan sertakan video dibawah, selepas pertandingan dijalankan. Kepada yang menyertai dance ini, "GoodLuck!".


Pertandingan bermula..

Video yang dapat dirakam semasa pertandingan.
Regeneration CrewShowcase (Final Round)



HyperActive Second Squad (Final Round)

Thursday, December 10, 2009

Mimpi oh mimpi - (pendapat personal)


Mimpi
Apakah itu mimpi??

Pada pendapat saya, mimpi itu adalah imaginasi kita. Apa yang kita fikir,
itulah yang akan menjadi mimpi kita. Peringatan!! Ini adalah cuma pendapat saya,
jadi mungkin apa yang saya akan bakal katakan adalah salah dan tidak benar.
Tapi inilah yang saya rasakan kebenaran terhadap, "apakah itu mimpi".Jadi saya ingin
berkongsi sedikit pendapat saya kepada kamu semua.

Maksud Mimpi itu pada saya ialah imaginasi kita terhadap perkara yang sedang kita
fikirkan. Otak kita tidak akan berhenti berfikir dan otak juga tidak akan berhenti
berfungsi selagi kita masih hidup. Walaupun kita sedang tidur, otak kita tetap masih
berfikir. Cuba kita pejamkan mata kita, kita akan dapat melihat sedikit gambaran
tentang apa yang kita sedang fikir sekarang. Gambaran itu akan jadi semakin jelas
apabila kita menjadi separuh sedar. Apabila kita tidur dalam keadaan nyenyak,
maka terhasilah mimpi yang seakan-akan kita sedang berada di dunia nyata sedangkan kita
masih tidur dengan nyenyaknya.

Semasa kita sedang bermimpi, otak kita akan menghasilkan satu gambaran palsu, atau
fakta palsu yang membuatkan kita merasai pernah berada di situ. Namun, itu sebenarnya
adalah sekadar imaginasi. Otak mampu memberikan pengalaman palsu dan hal inilah menyebabkan
banyak orang mengatakan mimpi mereka adalah satu petunjuk. Namun, sebenarnya adalah tidak.

Dalam mimpi, sebenarnya kita boleh buat apa saja kita suka tapi perasaan "tidak pasti"
dalam mimpi telah menyebabkan kita gagal mengawal mimpi tersebut. Maka berlakulah perkara
yang kita tidak jangkakan di dalam mimpi kita.

"Tajuk" kisah yang bermula dalam mimpi kita sebenarnya adalah maklumat yang terdapat
dalam otak kita. Kadang-kala, umur kita tidak sama dalam mimpi. Contohnya, kita bermimpi
semasa kita masih kecil. Ini bermaksud, mimpi itu terhasil daripada maklumat lampau
yang terdapat dalam otak kita.

Jadi, perlukah kita mentafsir mimpi kita?? Saya banyak melihat majalah-majalah yang
memaparkan tentang mimpi dan tafsiran tentang mimpi. Adakah mimpi itu adalah satu petunjuk
atau sekadar imaginasi kita? *Pada pendapat saya, Tafsiran itu adalah tipu belaka dan
semuanya tidak benar. Apa yang menyebabkan kita berfikiran begitu?(menafsir mimpi). Hal
ini kerana syaitan yang menghasut orang-orang yang bermimpi supaya mempercayai apa
yang telah dimimpikannya. Dan seterusnya menafsirkan mimpi yang telah dilaluinya.

Hal ini banyak mempengaruhi ramai orang. Bagi saya, hal ini telah terpesong dalam agama Islam.
Kita tidak sepatutnya mempercayai tentang tafsiran mimpi ini. Ada juga yang telah menyatakan
mimpi mereka benar-benar berlaku. Mungkin perkara ini adalah "kebetulan" atau "rancangan
syaitan untuk menyesatkan umat-umatnya". Pernah cikgu saya bercerita, "syaitan@iblis
telah bersumpah kepada Allah S.W.T, dia akan mengganggu dan akan menyesatkan umat
Nabi Adam sehingga Hari Kiamat". Jadi ini menyebabkan saya berfikir, adakah kita sedang dalam
kesesatan dengan mempercayai mimpi-mimpi dan mempercayai tafsiran yang telah diolah oleh
beberapa orang pengamal ilmu?

Mungkin juga saya adalah salah, dan semua ini adalah sekadar renungan dan kita sendiri
yang akan menentukan.
*Sebenarnya, saya dapat memikirkan semua ini dari mimpi saya ketika saya terlalu
banyak berfikir dan saya meluahkan buah fikiran saya di dalam mimpi itu. Dan saya menulis
ini cuma untuk suka-suka. Selesai membaca, bagilah komen k..

Hasil karya: kawaii_lestat @ NanL :P ngeh3


Monday, November 16, 2009

Petua yang mungkin berguna untuk anda


Daun senduduk hilangkan parut
Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut.
Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian
ramas-ramaskan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Daun senduduk juga
boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

Daun ati-ati penawar lelah
-Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah.
-Caranya, ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta ditumbuk
sehingga lumat.Sapu daun yang telah ditumbuk tadi pada bahagian dada sehingga paras pusat.
hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan setiap hari.

Daun inai merawat luka
-Daun inai selalu digunakan untuk memerahkan jari2 atau membuat corak2 pada tangan.
Namun, daun inai boleh juga digunakan untuk merawat luka, sama ada luka luaran mahupun
dalaman.Jika kulit kita terluka, ambil beberapa daun inai, tumbuk sehingga lumat kemudian
diletakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin,
atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga subuh.

Getah kemboja ubati bisul.

-Getah daripada kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul.
-Caranya ialah sapu getah tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.

Bunga Melur untuk penyakit mata.
-Bunga melur boleh mengubati penyakit mata.
Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur,rendam seketika didalam air, kemudian
ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut.
Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata.

Tajamkan mata gunting
-jangan dibuang gunting yang mulai tumpul sebaliknya cuba petua ini.
Ambil daun bambu
kira-kira 10 helai.Potonglah daun itu dengan gunting yang tumpul.Selepas itu cuba
gunting kertas atau pakaian dan jika masih tumpul ulangi langkah sebelum ini.