Monday, March 8, 2010

Genius..genius..


Definisi
Genius adalah orang yang dapat memikirkan sesuatu perkara yang tidak boleh difikirkan oleh manusia biasa. Genius juga boleh dikatakan pemikiran seorang yang melampaui kebijaksanaan manusia normal. Genius menggunakan otak lebih banyak daripada manusia normal. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 23 bilion neuron, setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain dan ia adalah normal. Genius mampu menggunakan otak lebih baik daripada manusia normal. Aktiviti dalam otak seorang genius sangat aktif yang menyebabkan dirinya sentiasa berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Sifat Seorang Genius
Genius mempunyai sifat ingin tahu dalam dirinya dan ingin menyelesaikan segala persoalan yang timbul dalam dirinya. Genius juga mempunyai sifat tidak putus asa dengan apa yang dilakukannya sehingga berjaya. Genius yang hebat bersikap positif dalam semua hal dan tidak merasa jemu dengan masalah atau persoalan yang akan menjelma. Genius juga mempunyai sifat suka berfikir dan jarang merehatkan mindanya kerana dia berasa teruja dengan masalah yang timbul. Selain itu, genius juga suka menyelidik sesuatu yang belum diketahuinya.

Kelebihan Genius
Genius berfikiran lebih matang daripada manusia biasa kerana kematangannya melampaui tahap kematangan manusia biasa. Dia seorang yang berpandangan jauh dan dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa yang akan datang.

Kelemahan Seorang Genius
Kelemahan seorang genius ialah apabila mengetahui dirinya adalah genius. Mengapa begitu? Hal ini kerana apabila seorang genius mengetahui dirinya adalah genius, maka sikap negatif dalam dirinya akan timbul.Kegagalan berkomunikasi dengan manusia normal akan menyebabkan dirinya dianggap "gila" bagi sesetengah orang kerana manusia biasa tidak mampu memikirkan apa yang dapat difikirkan oleh seorang genius. Sebagai contoh, kegagalan berkomunikasi atau tidak tahu untuk menyusun ayat supaya dapat menerangkan dengan sempurna akan menyebabkan selisih faham antara manusia normal dan genius. Jika ini terjadi, si genius akan dianggap pelik dan gila. Jadi, penyusunan ayat dan komunikasi yang betul boleh mencetuskan perubahan dalam dunia.

Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap manusia dilahirkan sebagai genius kerana sifat-sifat genius ada dalam diri mereka sejak kanak-kanak lagi.*

No comments: